Tuesday, 3 March 2015

Rekabentuk Poster Filem Gamatisme

Rekabentuk Poster bukanlah satu tugasan asing buatku. Cuma dah lama malas nak layan job-job yang memerlukan kerja-kerja bersengkang mata mengejar dateline ni. Zaman muda dulu bolehlah kerja 48 jam tanpa henti tanpa tidur. Sekarang ni kalau hadap PC lebih setengah jam pun, kepala dah rasa pening dan berat.

Design Poster Gamatisme peringkat awal
 Namun, baru-baru ini atas permintaan seorang sahabat aku bersetuju layan tugasan remeh-temeh ini kembali. Kadang-kadang rasa gian gak nak turun padang semula. Nak bereksperimentasi semula dengan skill kreativiti yang tinggi. Permintaan dari Penerbit filem GAMATISME keluaran Pencil Pictures & Record Sdn Bhd ini aku terima sebagai cabaran untuk membuktikan aku masih mampu berkarya seperti dulu.

Rekabentuk Poster Filem TOKAN
 Filem Gamatisme ini merupakan filem ke-2 aku terlibat secara langsung dengan syarikat Pencil Pictures & Records Sdn Bhd. Filem pertama aku babitkan diri dengan mereka ialah filem TOKAN. Ketika itu aku hanya diberi peluang dan kepercayaan untuk membekal dan mencetak Poster, Banner, Bunting, T-Shirt dan barangan cenderahati sahaja dan sedikit kerja-kerja design membabitkan pengubahsuaian dan penambahbaikan peringkat akhir pada design poster filem tersebut.

Antara Proposal Design poster filem Gamatisme di peringkat awal
 Untuk Filem Gamatisme ini aku diberikan kepercayaan untuk membuat design dari peringkat awal hingga akhir hasil perkongsian idea bersama dengan penerbit filem ini Dato' Normashayu Puteh dan penerbit penyelaras Yuzaidania Abdullah Shukor. Kerja-kerja design ini dimulakan sejak awal bulan November 2014. Sehingga artikel ini ditulis, pihak penerbitan Pencil Pictures & Records Sdn Bhd telah memaklumkan bahawa filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara sekitar akhir bulan April 2015.

Salah satu final design poster filem Gamatisme
 Ketika ini filem GAMATISME ini sedang menjalani proses penapisan daripada Lembaga Penapisan Filem FINAS dan pihak Pencil Pictures & Records sedang mengusahakan agar filem ini dapat ditayangkan di pawagam bermula pada 30 Mei 2015 nanti. Filem Gamatisme ini dibintangi oleh Nabila Huda Suhaimi, Syazwan Zulkifli & Adeline Tsen dan diarahkan oleh sutradara M Hitler Zami.

Ini juga satu daripada design poster Gamatisme peringkat akhir
Semua kerja-kerja membabitkan cetakan poster, bunting, banner dan bahan-bahan promosi yang berkaitan akan dimulakan sebaik sahaja mendapat surat kelulusan tarikh tayangan dari FINAS. Poster-poster yang aku paparkan dalam artikel ini mungkin akan diubahsuai sedikit nanti tetapi so far inilah status terkini proses rekabentuknya.

Antara final design yang di pilih oleh penerbit
Jangan lupa ya sokong industri filem tempatan dengan menontonnya di pawagam berhampiran anda. Karya tempatan tidak meluas pasarannya tetapi jika kita sendiri tidak menyokongnya, siapa lagi?

Wednesday, 10 December 2014

PhotoBooth Backdrop Untuk Majlis Perkahwinan

Sekarang ni sudah jadi trend bagi pasangan pengantin untuk mengkhususkan satu ruang PhotoBooth bagi kegunaan tetamu bergambar kenangan. Kami di RekaPRINT ada menyediakan khidmat mencetak Backdrop PhotoBooth dengan harga hanya RM90 seunit.


Backdrop yang dihiasi dengan Pantun Seloka menyanjung Adat Melayu
Backdrop Photo Booth bersaiz 7ft (tinggi) x 8ft (lebar)

Backdrop Photo Booth bersaiz 8ft (tinggi) x 7ft (lebar)

Harga yang kami tawarkan termasuk kos penghantaran (Pos Laju) ke seluruh Semenanjung Malaysia. Sebarang tempahan menggunakan template design sedia ada (seperti gambar-gambar yang kami lampirkan) tidak akan dikenakan sebarang charge design. Tetapi jika anda memilih untuk menggunakan design pilihan anda dari mana-mana design hasil carian google di internet, maka kami akan mengenakan charge design sebanyak RM50 untuk tujuan tersebut.


Photobooth Backdrop ini bersaiz 7ft x 6ft. Dicetak atas material tarpaolin siap dengan finishing lubang & tali untuk memudahkan anda menggantungnya.


Untuk membuat tempahan, anda hanya perlu memberikan kami details maklumat Nama Anda, Nama Pasangan, Nama Ibu, Nama Bapa dan Tarikh Perkahwinan anda.


Langkah seterusnya, buat bayaran penuh ke akaun Maybank 1648 5600 6534 atas nama ZULFIKAR ALI BIN ABD SAMAD. Email bukti bayaran ke: rekaprint@gmail.com atau Whatsapp ke nombor 014-263 8781 beserta Nama & Alamat anda untuk tujuan penghantaran. Photobooth Backdrop canvas akan disiapkan dalam masa 3 hari bekerja dan terus diposkan ke alamat anda.

Anda boleh memilih 2 jenis finishing bergantung kepada bagaimana cara anda untuk memasang Photobooth Backdrop ini. Sekiranya anda ingin menggantungnya menggunakan palang kayu atau pvc pipe, maka kami akan membuat finishing '3 inches pocket' di bahagian atas & bawah backdrop ini.

Manakala jika anda ingin menggantungnya di dinding, kami akan buat finishing lubang yang diikat dengan tali di setiap penjuru backdrop.

Atau anda juga boleh memilih untuk tidak membuat sebarang finishing pada backdrop. Biasanya jika tanpa finishing, backdrop akan dipaku atau di stappler sahaja di dinding kayu.

Monday, 8 December 2014

Tempahan Bunting & Roll-Up Stand untuk Teater Muzikal Superhero

Tempahan Roll-Up Stand Bunting untuk teater muzikal Superhero ini ialah dari  Helium & Konfetti untuk MyHarapan. Beginilah prosedur bagaimana bunting di pasang kepada stand roll-up ini.


Harga satu set Roll-Up Stand Bunting ini termasuk kos printing ialah RM120 seunit. Namun sekiranya tempahan secara pukal dilakukan iaitu melebihi 10 unit dalam satu masa, maka kami boleh menawarkan anda dengan harga terendah iaitu RM100 seunit.


Bunting yang dicetak untuk di pasang ke stand roll up ini menggunakan standard size 2.5 kaki (lebar) x 6.5 kaki (tinggi) dan dicetak menggunakan material Synthetic Paper dengan pilihan finishing Matte Lamination atau Gloss UV. Resolusi cetakan ialah 1200 dpi yang menyamai standard photographic quality.


Setiap Roll-Up Stand Bunting didatangkan dengan Casing Bag yang memudahkan anda untuk membawa atau menyimpannya.


Bunting pada Roll-Up Stand boleh ditukar setelah sesuatu promosi berakhir. Jadi anda tidak perlu membeli stand roll-up lagi. Anda hanya perlu bawa Roll-Up Stand ini kepada kami dan hanya perlu mencetak buntingnya sahaja. Kami akan menolong anda menukar atau memasang bunting yang baru.


Jangkamasa setiap tempahan untuk disiapkan ialah 1-2 hari bekerja sekiranya artwork/design sudah sedia ada. Kami turut menawarkan khidmat design bunting dengan kadar harga serendah dari RM30 sahaja untuk 1 design. Jadi walaupun anda menempah sebanyak 10 unit rollup stand bunting tetapi kadar upah design hanya dikenakan sekali sahaja sebanyak RM30.


Bagi memastikan kualiti cetakan bunting cantik dan sharp, anda kena pastikan setiap gambar yang digunakan untuk design adalah gambar yang beresolusi tinggi dan bukannya gambar yang anda search di google atau internet.


Sila pastikan artwork/design anda dibuat dengan skala sebenar (actual size) dengan resolusi (dpi) sekurang-kurangnya 150 dpi. Ukuran sebenar bunting untuk roll-up stand dalam inci ialah 30 inci (lebar) x 78 inci (tinggi). Jangan lupa untuk 'flatten' kan image file anda bagi sebelum di emailkan kepada kami bagi memastikan tiada masalah 'missing font' berlaku. Emailkan file dalam format jpeg atau tiff ke rekaprint@gmail.com 

Hubungi talian 014-263 8781 (Whatsapp & WeChat available) untuk maklumat lanjut.

Friday, 21 November 2014

Replika Cek Perkahwinan (Mock-Up Check Perkahwinan)

Replika Cek Perkahwinan atau Mock-up Cheque banyak digunakan sekarang sebagai hantaran perkahwinan. Ianya bukanlah Cek sebenar tetapi dicetak dengan mengikut spesifikasi cek yang sebenar. Tujuan Mock-Up Cheque dicetak sebagai hantaran ialah sebagai langkah keselamatan kepada pihak keluarga pengantin.



Cek yang sebenar dan yang memiliki nilai yang sah sebenarnya telahpun dikeluarkan oleh yang empunya cek atau telahpun di bank-in kan kepada penerima cek lebih awal dari tarikh majlis pernikahan atau perkahwinan. Mock-up cheque ini hanyalah sebagai bukti bahawa wang hantaran telah diserahkan kepada pihak pengantin perempuan.

Replika atau MockUp Cheque Maybank untuk Hantaran Perkahwinan
Tetapi anda tidak semestinya memiliki buku cek atau mengeluarkan cek sebenar untuk tujuan itu. Walaupun wang hantaran yang diserahkan adalah dalam bentuk TUNAI tetapi sebagai langkah keselamatan wang hantaran dalam bentuk TUNAI seeloknya tidak diserahkan semasa majlis berlangsung. Ini bakal mengundang kepada risiko kehilangan atau kecurian semasa sibuk mengendalikan majlis.

Replika Cek Perkahwinan Bank CIMB
Justeru, pihak kami ada menyediakan perkhidmatan mencetak Mock-Up Cheque Perkahwinan dengan harga hanya RM25.00 sekeping (termasuk kos artwork & penghantaran). Sementara untuk Mock-Up Cheque yang disertakan dengan frame (photo frame), kami mengenakan charge sebanyak RM70 untuk kos frame, kos mencetak & kos penghantaran Mock-Up Cheque tersebut.

Proses Custom Made Frame Mockup Cheque

Antara jenis-jenis frame yang digunakan
Frame atau Bingkai Mock-Up Cek ini kami buat khas (custom made) menepati size cek tersebut supaya ia benar-benar padan dengan sizenya. Di pasaran memang tiada dijual frame yang benar-benar fit dengan size replika cek.

Cardboard berwarna gold, putih atau hitam digunakan sebagai kemasan background
Untuk tempahan, anda hanya perlu emailkan kepada kami butiran berikut:

1) Nama Penerima Cek
2) Tarikh Cek dikeluarkan
3) Nama Pengeluar Cek
4) Jumlah/Nilai Cek
5) No Siri Cek (jika perlu)
6) Nama Bank Pengeluar Cek


Mock-Up Cek dibungkus dengan plastik gelembung udara bagi mengelak cerminnya dari pecah semasa proses pengeposan
Emailkan ke rekaprint@gmail.com atau boleh juga sms/whatsapp/wechat kami butiran tersebut ke talian 014-263 8781. Buat bayaran penuh ke akauan Maybank Zulfikar Ali bin Abd Samad. No. Akaun: 1648 5600 6534. Artwork akan kami email/whatsapp kepada anda untuk tujuan pengesahan sebelum kerja-kerja cetakan dimulakan.

Seterusnya ia dimasukkan ke dalam sampul Pos Laju yang juga ada plastik gelembung udara dan diposkan kepada anda
Mock-Up Cheque hanya mengambil masa 2-3 hari bekerja untuk disiapkan selepas artwork disahkan dan bayaran diterima dari anda.

** Price Updated on 19 January 2017

Wednesday, 12 November 2014

Tempahan Pop Up Display System Filem Rumah Pusaka Disimpang Jalan

Ini adalah kerja-kerja di belakang tabir menyiapkan Pop Up Display System 3x3 bagi promosi filem Rumah Pusaka Disimpang Jalan arahan sutradara Mamat Khalid.

Tempahan Pop Up Display ini kami terima dari syarikat Jermia Solutions dan kami hanya diberikan masa kurang dari 2 hari bagi menyiapkannya. Sebenarnya jangkamasa standard untuk menyiapkan satu Pop Up Display ialah 3-5 hari bekerja. Tetapi biasalah dalam bidang printing, publishing dan advertising, tugasan-tugasan ASAP atau URGENT memang menjadi lumrah kami.



Setiap Pop Up Display didatangkan dalam sebuah travelling case yang mudah dibawa dan disimpan. Malah ianya juga direka supaya mudah dipasang (install) dan dibuka (dismantle). Akan tetapi proses memasang sticker ke panel-panel graphic adalah sesuatu kerja yang rumit dan perlu dilakukan dengan teliti agar gambar-gambar dapat dicantumkan dengan tepat.



Memandangkan pelanggan telah menyediakan artwork (design) maka perkara pertama yang perlu dimulakan ialah terus mencetaknya dengan menggunakan material white base sticker. Resolusi cetakan ialah 1440 dpi (photographic quality image).


Seterusnya sticker tersebut perlu menjalani proses finishing Matte Lamination atau Gloss UV. Kemudian sticker akan dilekatkan kepada panel-panel graphic. Proses seterusnya adalah yang paling rumit iaitu menyusun, menyambung dan memotong bahagian sambungan panel agar setiap panel graphic dapat membentuk gambar yang sempurna dengan sambungan yang tepat.


Setelah selesai, barulah magnetic stripe dilekatkan di bahagian belakang setiap panel graphic. Magnetic Stripe inilah yang berfungsi melekatkan panel-panel graphic kepada kerangka aluminium Pop Up Display System.


Kerja-kerja memasang kerangka besi pula tidaklah rumit malah boleh dipasang dalam masa 5 minit sahaja. Setelah kerangka besi dipasang dan berdiri teguh, maka panel-panel graphic ini mula dilekatkan kepada kerangka besi tersebut.



Panel-panel graphic dipasang dengan dimulakan panel graphic yang paling tepi (corner side). Setelah dipastikan segala-galanya sempurna maka proses terakhir ialah ber SELFIE dengan Pop Up Display tersebut... hahahha


Sunday, 9 November 2014

Portble Pop Up Display System 3x3

Dapatkan Portable Pop Up Display System 3x3 kami yang pastinya mampu memberikan lebih impak kepada kemunculan perniagaan anda disesuatu ekspo atau pelancaran produk yang kelihatan gempak.

Pop Up Display System kami sangat mudah dipasang dan dibawa. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk dipasang malah mudah dibawa ke mana sahaja kerana didatangkan siap dengan travelling case yang beroda dan ia tidak memerlukan ruang yang besar untuk disimpan.



Kini kami menawarkan Portable Pop Up Display 3x3 dengan harga istimewa iaitu hanya RM1,800 sahaja seunit (siap printing). Malah dengan setiap pembelian Pop Up Display ini akan melayakkan anda membeli Roll Up Stand Bunting dengan harga hanya RM100 seunit (harga pasaran RM180 seunit)

Pastikan Artwork yang anda dibuat mengikut size spesifikasi panel graphic

Paparan Graphic pada Pop Up Display ini dicetak dengan kualiti cetakan photographic 1440 dpi dengan Matte Lamination. 2 unit spotlight juga turut diberikan bagi memberi lebih impak kepada produk anda.

Semua aksessori & panel graphic dimuatkan dalam satu beg yang mudah dibawa dan disimpan

Jangkamasa Pop Up Display ini boleh disiapkan ialah 4-5 hari bekerja dari tarikh final artwork (design) diberikan kepada kami. Sekiranya anda memerlukan kami menyediakan artwork tersebut, charge design yang berasingan akan dikenakan.

Dengan setiap belian Pop Up Display anda layak membeli RollUp Stand dengan harga RM100 sahaja berbanding RM120 harga promosi yang kami tawarkan (Harga pasaran: RM150-RM180 seunit)

Thursday, 9 October 2014

Perkhidmatan Mencetak dan Design Tshirt



 Pilihan Baju T Round Neck berkualiti tinggi dengan pelbagai pilihan warna dan boleh diperolehi dari saiz sekecil XS hingga sebesar XXXL.


Kami di RekaPRINT bersedia menawarkan perkhidmatan Membekal & Mencetak T-Shirt dari harga serendah RM10 sehelai untuk cetakan 1 warna di bahagian Depan ATAU Belakang T-Shirt.

Cetakan 1 Warna Bahagian Depan Sahaja
 Sementara untuk cetakan 1 warna di bahagian Depan dan 1 Warna di bahagian Belakang boleh diperolehi dengan harga RM13 sehelai. Harga tersebut adalah untuk kuantiti pesanan minima 50 helai.

Cetakan 1 Warna Bahagian Depan

Cetakan 1 Warna Bahagian Belakang
Walaubagaimanapun kami tiada masalah untuk menerima tempahan kurang dari 50 helai. Namun, kos cetakannya adalah tinggi sedikit, kurang lebih RM3 tambahan dikenakan untuk setiap helai (mengikut jumlah tempahan)

Perkhidmatan rekabentuk grafik untuk cetakan pada tshirt juga ada kami sediakan dengan kadar harga yang berpatutan Hubungi kami 014-263 8781 (Whatsapp & WeChat available) untuk mendapatkan kadar harga servis design kami.

Sementara itu, jika anda boleh design sendiri grafik untuk cetakan tshirt tersebut, anda hanya perlu hantarkan artwork design tersebut dalam format ai (vector) ke rekaprint@gmail.com seterusnya memaklumkan kepada kami jumlah dan warna tshirt yang diperlukan. Sila maklumkan juga pecahan kuantiti saiz-saiz yang diperlukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...