Showing posts with label Mamat Khalid. Show all posts
Showing posts with label Mamat Khalid. Show all posts

Wednesday, 2 September 2015

Cetakan Bahan Promosi untuk Filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium

Filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula esok, 3 September 2015. Skrip filem ini dihasilkan oleh Usop Wilcha sendiri dengan barisan pelakon utamanya ialah Nasir Bilal Khan, Namron, Pyanhabib, Hitler Zami, Faradhiya dan Usop Wilcha sendiri.

Poster Filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium
Jalan cerita filem ini seakan-akan menyerupai filem hollywood "Night in the Museum" tetapi diubahsuai ikut kesesuaian latarbelakang dan sejarah negara.

Kerja-kerja mencetak Bunting & Poster Filem
Kami di RekaPRINT dipertanggungjawabkan untuk mencetak & membekal bahan-bahan promosi untuk filem ini seperti Bunting & Poster.

Bunting & Poster yang telah siap dicetak dan sedia untuk dibuat penghantaran
Filem ini diarahkan oleh sutradara Mamat Khalid. Dengar nama Mamat Khalid yang sudah sinonim dengan nama Usop Wilcha, pastinya sudah terbayang di benak fikiran kita akan sebuah karya yang pastinya santai, komedi dan menghiburkan. Sama-samalah kita sokong industri filem tempatan dengan menontonnya di pawagam-pawagam yang berhampiran.

Bahagian Produksi kami bertungkus lumus menyiapkan semua bahan promosi mengikut masa yang dijadualkan

Wednesday, 12 November 2014

Tempahan Pop Up Display System Filem Rumah Pusaka Disimpang Jalan

Ini adalah kerja-kerja di belakang tabir menyiapkan Pop Up Display System 3x3 bagi promosi filem Rumah Pusaka Disimpang Jalan arahan sutradara Mamat Khalid.

Tempahan Pop Up Display ini kami terima dari syarikat Jermia Solutions dan kami hanya diberikan masa kurang dari 2 hari bagi menyiapkannya. Sebenarnya jangkamasa standard untuk menyiapkan satu Pop Up Display ialah 3-5 hari bekerja. Tetapi biasalah dalam bidang printing, publishing dan advertising, tugasan-tugasan ASAP atau URGENT memang menjadi lumrah kami.



Setiap Pop Up Display didatangkan dalam sebuah travelling case yang mudah dibawa dan disimpan. Malah ianya juga direka supaya mudah dipasang (install) dan dibuka (dismantle). Akan tetapi proses memasang sticker ke panel-panel graphic adalah sesuatu kerja yang rumit dan perlu dilakukan dengan teliti agar gambar-gambar dapat dicantumkan dengan tepat.



Memandangkan pelanggan telah menyediakan artwork (design) maka perkara pertama yang perlu dimulakan ialah terus mencetaknya dengan menggunakan material white base sticker. Resolusi cetakan ialah 1440 dpi (photographic quality image).


Seterusnya sticker tersebut perlu menjalani proses finishing Matte Lamination atau Gloss UV. Kemudian sticker akan dilekatkan kepada panel-panel graphic. Proses seterusnya adalah yang paling rumit iaitu menyusun, menyambung dan memotong bahagian sambungan panel agar setiap panel graphic dapat membentuk gambar yang sempurna dengan sambungan yang tepat.


Setelah selesai, barulah magnetic stripe dilekatkan di bahagian belakang setiap panel graphic. Magnetic Stripe inilah yang berfungsi melekatkan panel-panel graphic kepada kerangka aluminium Pop Up Display System.


Kerja-kerja memasang kerangka besi pula tidaklah rumit malah boleh dipasang dalam masa 5 minit sahaja. Setelah kerangka besi dipasang dan berdiri teguh, maka panel-panel graphic ini mula dilekatkan kepada kerangka besi tersebut.



Panel-panel graphic dipasang dengan dimulakan panel graphic yang paling tepi (corner side). Setelah dipastikan segala-galanya sempurna maka proses terakhir ialah ber SELFIE dengan Pop Up Display tersebut... hahahha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...