Showing posts with label Pop Up Display 3x3. Show all posts
Showing posts with label Pop Up Display 3x3. Show all posts

Wednesday, 12 November 2014

Tempahan Pop Up Display System Filem Rumah Pusaka Disimpang Jalan

Ini adalah kerja-kerja di belakang tabir menyiapkan Pop Up Display System 3x3 bagi promosi filem Rumah Pusaka Disimpang Jalan arahan sutradara Mamat Khalid.

Tempahan Pop Up Display ini kami terima dari syarikat Jermia Solutions dan kami hanya diberikan masa kurang dari 2 hari bagi menyiapkannya. Sebenarnya jangkamasa standard untuk menyiapkan satu Pop Up Display ialah 3-5 hari bekerja. Tetapi biasalah dalam bidang printing, publishing dan advertising, tugasan-tugasan ASAP atau URGENT memang menjadi lumrah kami.



Setiap Pop Up Display didatangkan dalam sebuah travelling case yang mudah dibawa dan disimpan. Malah ianya juga direka supaya mudah dipasang (install) dan dibuka (dismantle). Akan tetapi proses memasang sticker ke panel-panel graphic adalah sesuatu kerja yang rumit dan perlu dilakukan dengan teliti agar gambar-gambar dapat dicantumkan dengan tepat.



Memandangkan pelanggan telah menyediakan artwork (design) maka perkara pertama yang perlu dimulakan ialah terus mencetaknya dengan menggunakan material white base sticker. Resolusi cetakan ialah 1440 dpi (photographic quality image).


Seterusnya sticker tersebut perlu menjalani proses finishing Matte Lamination atau Gloss UV. Kemudian sticker akan dilekatkan kepada panel-panel graphic. Proses seterusnya adalah yang paling rumit iaitu menyusun, menyambung dan memotong bahagian sambungan panel agar setiap panel graphic dapat membentuk gambar yang sempurna dengan sambungan yang tepat.


Setelah selesai, barulah magnetic stripe dilekatkan di bahagian belakang setiap panel graphic. Magnetic Stripe inilah yang berfungsi melekatkan panel-panel graphic kepada kerangka aluminium Pop Up Display System.


Kerja-kerja memasang kerangka besi pula tidaklah rumit malah boleh dipasang dalam masa 5 minit sahaja. Setelah kerangka besi dipasang dan berdiri teguh, maka panel-panel graphic ini mula dilekatkan kepada kerangka besi tersebut.



Panel-panel graphic dipasang dengan dimulakan panel graphic yang paling tepi (corner side). Setelah dipastikan segala-galanya sempurna maka proses terakhir ialah ber SELFIE dengan Pop Up Display tersebut... hahahha


Sunday, 9 November 2014

Portble Pop Up Display System 3x3

Dapatkan Portable Pop Up Display System 3x3 kami yang pastinya mampu memberikan lebih impak kepada kemunculan perniagaan anda disesuatu ekspo atau pelancaran produk yang kelihatan gempak.

Pop Up Display System kami sangat mudah dipasang dan dibawa. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk dipasang malah mudah dibawa ke mana sahaja kerana didatangkan siap dengan travelling case yang beroda dan ia tidak memerlukan ruang yang besar untuk disimpan.



Kini kami menawarkan Portable Pop Up Display 3x3 dengan harga istimewa iaitu hanya RM1,800 sahaja seunit (siap printing). Malah dengan setiap pembelian Pop Up Display ini akan melayakkan anda membeli Roll Up Stand Bunting dengan harga hanya RM100 seunit (harga pasaran RM180 seunit)

Pastikan Artwork yang anda dibuat mengikut size spesifikasi panel graphic

Paparan Graphic pada Pop Up Display ini dicetak dengan kualiti cetakan photographic 1440 dpi dengan Matte Lamination. 2 unit spotlight juga turut diberikan bagi memberi lebih impak kepada produk anda.

Semua aksessori & panel graphic dimuatkan dalam satu beg yang mudah dibawa dan disimpan

Jangkamasa Pop Up Display ini boleh disiapkan ialah 4-5 hari bekerja dari tarikh final artwork (design) diberikan kepada kami. Sekiranya anda memerlukan kami menyediakan artwork tersebut, charge design yang berasingan akan dikenakan.

Dengan setiap belian Pop Up Display anda layak membeli RollUp Stand dengan harga RM100 sahaja berbanding RM120 harga promosi yang kami tawarkan (Harga pasaran: RM150-RM180 seunit)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...