Showing posts with label Poster Filem. Show all posts
Showing posts with label Poster Filem. Show all posts

Wednesday, 2 September 2015

Cetakan Bahan Promosi untuk Filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium

Filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula esok, 3 September 2015. Skrip filem ini dihasilkan oleh Usop Wilcha sendiri dengan barisan pelakon utamanya ialah Nasir Bilal Khan, Namron, Pyanhabib, Hitler Zami, Faradhiya dan Usop Wilcha sendiri.

Poster Filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium
Jalan cerita filem ini seakan-akan menyerupai filem hollywood "Night in the Museum" tetapi diubahsuai ikut kesesuaian latarbelakang dan sejarah negara.

Kerja-kerja mencetak Bunting & Poster Filem
Kami di RekaPRINT dipertanggungjawabkan untuk mencetak & membekal bahan-bahan promosi untuk filem ini seperti Bunting & Poster.

Bunting & Poster yang telah siap dicetak dan sedia untuk dibuat penghantaran
Filem ini diarahkan oleh sutradara Mamat Khalid. Dengar nama Mamat Khalid yang sudah sinonim dengan nama Usop Wilcha, pastinya sudah terbayang di benak fikiran kita akan sebuah karya yang pastinya santai, komedi dan menghiburkan. Sama-samalah kita sokong industri filem tempatan dengan menontonnya di pawagam-pawagam yang berhampiran.

Bahagian Produksi kami bertungkus lumus menyiapkan semua bahan promosi mengikut masa yang dijadualkan

Tuesday, 3 March 2015

Rekabentuk Poster Filem Gamatisme

Rekabentuk Poster bukanlah satu tugasan asing buatku. Cuma dah lama malas nak layan job-job yang memerlukan kerja-kerja bersengkang mata mengejar dateline ni. Zaman muda dulu bolehlah kerja 48 jam tanpa henti tanpa tidur. Sekarang ni kalau hadap PC lebih setengah jam pun, kepala dah rasa pening dan berat.

Design Poster Gamatisme peringkat awal
 Namun, baru-baru ini atas permintaan seorang sahabat aku bersetuju layan tugasan remeh-temeh ini kembali. Kadang-kadang rasa gian gak nak turun padang semula. Nak bereksperimentasi semula dengan skill kreativiti yang tinggi. Permintaan dari Penerbit filem GAMATISME keluaran Pencil Pictures & Record Sdn Bhd ini aku terima sebagai cabaran untuk membuktikan aku masih mampu berkarya seperti dulu.

Rekabentuk Poster Filem TOKAN
 Filem Gamatisme ini merupakan filem ke-2 aku terlibat secara langsung dengan syarikat Pencil Pictures & Records Sdn Bhd. Filem pertama aku babitkan diri dengan mereka ialah filem TOKAN. Ketika itu aku hanya diberi peluang dan kepercayaan untuk membekal dan mencetak Poster, Banner, Bunting, T-Shirt dan barangan cenderahati sahaja dan sedikit kerja-kerja design membabitkan pengubahsuaian dan penambahbaikan peringkat akhir pada design poster filem tersebut.

Antara Proposal Design poster filem Gamatisme di peringkat awal
 Untuk Filem Gamatisme ini aku diberikan kepercayaan untuk membuat design dari peringkat awal hingga akhir hasil perkongsian idea bersama dengan penerbit filem ini Dato' Normashayu Puteh dan penerbit penyelaras Yuzaidania Abdullah Shukor. Kerja-kerja design ini dimulakan sejak awal bulan November 2014. Sehingga artikel ini ditulis, pihak penerbitan Pencil Pictures & Records Sdn Bhd telah memaklumkan bahawa filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara sekitar akhir bulan April 2015.

Salah satu final design poster filem Gamatisme
 Ketika ini filem GAMATISME ini sedang menjalani proses penapisan daripada Lembaga Penapisan Filem FINAS dan pihak Pencil Pictures & Records sedang mengusahakan agar filem ini dapat ditayangkan di pawagam bermula pada 30 Mei 2015 nanti. Filem Gamatisme ini dibintangi oleh Nabila Huda Suhaimi, Syazwan Zulkifli & Adeline Tsen dan diarahkan oleh sutradara M Hitler Zami.

Ini juga satu daripada design poster Gamatisme peringkat akhir
Semua kerja-kerja membabitkan cetakan poster, bunting, banner dan bahan-bahan promosi yang berkaitan akan dimulakan sebaik sahaja mendapat surat kelulusan tarikh tayangan dari FINAS. Poster-poster yang aku paparkan dalam artikel ini mungkin akan diubahsuai sedikit nanti tetapi so far inilah status terkini proses rekabentuknya.

Antara final design yang di pilih oleh penerbit
Jangan lupa ya sokong industri filem tempatan dengan menontonnya di pawagam berhampiran anda. Karya tempatan tidak meluas pasarannya tetapi jika kita sendiri tidak menyokongnya, siapa lagi?

Wednesday, 12 November 2014

Tempahan Pop Up Display System Filem Rumah Pusaka Disimpang Jalan

Ini adalah kerja-kerja di belakang tabir menyiapkan Pop Up Display System 3x3 bagi promosi filem Rumah Pusaka Disimpang Jalan arahan sutradara Mamat Khalid.

Tempahan Pop Up Display ini kami terima dari syarikat Jermia Solutions dan kami hanya diberikan masa kurang dari 2 hari bagi menyiapkannya. Sebenarnya jangkamasa standard untuk menyiapkan satu Pop Up Display ialah 3-5 hari bekerja. Tetapi biasalah dalam bidang printing, publishing dan advertising, tugasan-tugasan ASAP atau URGENT memang menjadi lumrah kami.



Setiap Pop Up Display didatangkan dalam sebuah travelling case yang mudah dibawa dan disimpan. Malah ianya juga direka supaya mudah dipasang (install) dan dibuka (dismantle). Akan tetapi proses memasang sticker ke panel-panel graphic adalah sesuatu kerja yang rumit dan perlu dilakukan dengan teliti agar gambar-gambar dapat dicantumkan dengan tepat.



Memandangkan pelanggan telah menyediakan artwork (design) maka perkara pertama yang perlu dimulakan ialah terus mencetaknya dengan menggunakan material white base sticker. Resolusi cetakan ialah 1440 dpi (photographic quality image).


Seterusnya sticker tersebut perlu menjalani proses finishing Matte Lamination atau Gloss UV. Kemudian sticker akan dilekatkan kepada panel-panel graphic. Proses seterusnya adalah yang paling rumit iaitu menyusun, menyambung dan memotong bahagian sambungan panel agar setiap panel graphic dapat membentuk gambar yang sempurna dengan sambungan yang tepat.


Setelah selesai, barulah magnetic stripe dilekatkan di bahagian belakang setiap panel graphic. Magnetic Stripe inilah yang berfungsi melekatkan panel-panel graphic kepada kerangka aluminium Pop Up Display System.


Kerja-kerja memasang kerangka besi pula tidaklah rumit malah boleh dipasang dalam masa 5 minit sahaja. Setelah kerangka besi dipasang dan berdiri teguh, maka panel-panel graphic ini mula dilekatkan kepada kerangka besi tersebut.



Panel-panel graphic dipasang dengan dimulakan panel graphic yang paling tepi (corner side). Setelah dipastikan segala-galanya sempurna maka proses terakhir ialah ber SELFIE dengan Pop Up Display tersebut... hahahha


Thursday, 17 July 2014

Semua Harga Printing Adalah Harga Promosi

Blog ni sebenarnya aku dok buat khusus untuk perkhidmatan percetakan which is one of my main business since 1993. Walaupun aku sudah menceburi satu lagi bidang baru iaitu Pengaturcara Majlis (Wedding Planner), bidang percetakan tidak pernah aku tinggalkan. So, diharap posting ini dapat menjawab persoalan kalian yang tertanya-tanya samada harga-harga dalam blog ini masih valid atau tidak. Ya semuanya masih valid. 

Ni antara harga-harga yang aku sedang promosikan through online seperti di mudah.my :-


Dan harga-harga Bunting, Banner dan Backdrop pula sekarang aku offer dengan kadar harga termurah 80 sen per sq ft dengan syarat minimum oder ialah tidak kurang dari 200 sq ft (total).

200 sq ft ni bersamaan 20 pcs Bunting 2ft x 5ft atau 18 pcs Bunting 2ft x 6ft. Jika Total Sq Ft oder kurang dari 200 sq ft, harga yang aku charge ialah RM1.00 per sq ft

Proses mencantumkan Backdrop Filem TOKAN untuk diguna pada malam tayangan Perdana

Proses Matte Lamination pada Bunting Poster Filem Tokan

Produser Pencil Pictures & Record, Dato' Normashayu Puteh meneliti bunting & poster yang kami hasilkan

Bunting Filem Tokan yang sudah siap dicetak dan sedang diproses untuk membuat finishing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...