Tuesday, 16 February 2016

Promotion Counter Kiosk Booth Harga Promosi

✔ FREE PRINTING...!!
✔ HARGA RUNTUH RM320...!!!
✔ GST KAMI TANGGUNG...!!!
✔ BAG KAMI BAGI PERCUMA...!!!
Graphic Size :
80cm (W) x 80cm (H) - (Front Panel)
40cm (W) x 80cm (H) - (Side Face) 2x pcs
75cm (W) x 24cm (H) - (Top Header)

Material : PVC
Package : Oxford Bag
Printing : White Sticker with Matt Lamm
Weight : 7kg

• Jika sudah ada design, sila email ke: rekaprint@gmail.com
• Kami juga menyediakan perkhidmatan design utk Promotion Booth Counter anda,
caj design yg dikenakan antara RM30-RM100
• Anda juga boleh minta kami emailkan Template Produk secara percuma dan anda hanya perlu isikan design anda sendiri ke dalam template tersebut
 • Produk siap dalam tempoh masa 3-4 hari
• Penghantaran sekitar Balakong adalah percuma
• Untuk kawasan Semenanjung, 1 unit RM30 caj penghantaran
• Untuk kawasan Sabah & Sarawak 1 unit RM150-250
• Jangan lepaskan peluang untuk memilikinya ..!!


HUBUNGI TALIAN/WHATSAPP:  
014-263 8781 
UNTUK TEMPAHAN

Template Produk ada kami sediakan dan boleh diberikan secara percuma kepada anda

✔ MUDAH DIBAWA !!!
✔ MUDAH DIPASANG !!!
✔ MUDAH DIBUKA !!!
✔ MUDAH DISIMPAN !!!
 
Cara Memasang Promotion Counter

Saturday, 13 February 2016

Promosi Murah Cetakan Bunting dengan Standee

Promosi Cetakan Bunting dilengkapi dengan STAND ini sah sehingga 31 Ogos 2016. Minima tempahan sebanyak 1 unit. 



Terdapat 3 jenis standee yang standard yang biasa didapati di pasaran iaitu X-STAND, T-STAND dan ROLL-UP STAND.



Tempoh siap tempahan ialah selama 3 hingga 4 hari bekerja tidak termasuk hari Sabtu & Ahad serta Cuti Umum. Sebarang tempahan yang dibuat selepas pukul 3 petang akan diproceed pada hari berikutnya.

Harga yang dipromosikan tidak termasuk kos Penghantaran & Penyediaan Artwork. Kami ada menyediakan perkhidmatan penyediaan Artwork (design) bermula dengan harga RM30 per design.

Tempahan yang memerlukan kami siapkan dalam masa kurang dari 3 hari bekerja akan di charge 2x ganda dari harga yang dipromosikan.

Bayaran penuh perlu dibuat sebelum kerja-kerja penyediaan artwork / cetakan dimulakan. Bayaran perlu dibuat ke akaun MAYBANK: 1648 5600 6534 atau akaun CIMB: 7601 5980 18 atas nama ZULFIKAR ALI BIN ABD SAMAD. Slip pembayaran perlu dikemukakan dengan menghantar bukti pembayaran kepada rekaprint@gmail.com atau whatsapp: 014-263 8781.


Tuesday, 2 February 2016

Cetakan Sticker Tag Terima Kasih & Label Produk

Kami di RekaPRINT juga ada menyediakan perkhidmatan mencetak Sticker atau Label. Dalam posting kali ini, kami mengkhususkan Sticker jenis Die-Cut Round Shape. Sticker jenis ini paling banyak digunakan samada untuk tujuan Tag Terima Kasih untuk dilekatkan pada Goodies atau Door Gift Majlis Perkahwinan atau Majlis Naik Buai, Aqiqah dan sebagainya

Sticker Tag Terima Kasih
Tag Terima Kasih design kartun
Selain itu Sticker jenis Round Shape ini juga turut banyak digunakan untuk dilabelkan pada botol, kotak atau bekas minuman (cawan). Ia sesuai dijadikan tools untuk menjenamakan branding product anda.



Kami juga menerima tempahan untuk kerja-kerja merekabentuk (design) sticker ini dari harga serendah RM50 untuk setiap design dan kami akan serahkan soft copy dalam format jpeg beresolusi tinggi. (soft copy dalam format ai tidak akan diberikan). Jika anda memerlukan soft copy dalam format ai, bayaran design ialah RM150 untuk setiap design.


Wednesday, 21 October 2015

Tempahan Kalendar Meja 2016 Custom Design Kini Dibuka



Dalam posting ini aku hanya fokus pada Tempahan untuk Mencetak Kalendar Meja 2016 (Desk Calendar) Custom Made Design. Walaubagaimanapun aku memang ada buat kalendar-kalendar jenis lain seperti Wall Calendar, Pocket Calendar atau Ready Made Calendar 2016.

Custom Made Desk Calendar ini bermaksud template kalendar memang dah sedia ada tetapi korang boleh letakkan gambar-gambar atau keterangan produk/perkhidmatan korang pada setiap helaian bulan kalendar tersebut.



Template Kalendar boleh diperolehi dalam 3 jenis iaitu Kalendar Taqwim Hijrah 1437-1438 atau Kalendar Kuda (2016 Racing Horse Calendar) dan Kalendar Korporate/Modern Style.


Tempoh Siap setiap tempahan ialah dari 14 hingga 21 hari bekerja. Harga yang dipaparkan pada gambar ialah untuk Tempoh Siap Standard 14 hari bekerja. Bermaksud sekiranya korang nak Kalendar orang disiapkan dalam waktu singkat (URGENT/A.S.A.P) kurang dari 14 hari bekerja, maka harganya pasti akan lebih mahal.

Kalau nak oder A.S.A.P atau nak siap cepat, disarankan korang tempah Ready Made Kalendar je. Ready Made Kalendar ni boleh siap dalam kurang dari 5 hari bekerja. Sementara Custom Made Design Calendar ini akan mengambil masa sikit untuk menyiapkan rekabentuknya (design). Ini termasuk ketika proses pemilihan gambar, proses memilih layout yang sesuai dan sebagainya.


Kalendar Meja yang lebih murah ialah dari jenis Soft Stand. Sementara Kalendar Meja dari jenis Hard Stand sememangnya lebih mahal sikit harganya tapi nampak lebih ekslusif.

So, bila dah namanya Custom Made Design korang kenalah provide kat aku gambar-gambar produk atau perkhidmatan korang yang beresolusi tinggi. Lagi bagus kalau gambar tu dihasilkan dari hasil photoshoot studio atau dari hasil shoot profesional photographer. Kalau boleh elakkan beri kat aku gambar-gambar yang korang shoot dari kamera hp korang. Dan yang paling dilarang sama sekali ialah beri gambar hasil dari carian google. Koman-komanpun berilah gambar hasil diambil dari DSLR / Compact Digital Camera.

Setiap Tempahan perlu disertakan dengan DEPOSIT sebanyak 80% dari harga keseluruhan dan BAKI dibayar ketika Penghantaran.

Whatsapp aku: 014-263 8781 atau emailkan kepada: rekaprint@gmail.com

Wednesday, 2 September 2015

Cetakan Bahan Promosi untuk Filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium

Filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula esok, 3 September 2015. Skrip filem ini dihasilkan oleh Usop Wilcha sendiri dengan barisan pelakon utamanya ialah Nasir Bilal Khan, Namron, Pyanhabib, Hitler Zami, Faradhiya dan Usop Wilcha sendiri.

Poster Filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium
Jalan cerita filem ini seakan-akan menyerupai filem hollywood "Night in the Museum" tetapi diubahsuai ikut kesesuaian latarbelakang dan sejarah negara.

Kerja-kerja mencetak Bunting & Poster Filem
Kami di RekaPRINT dipertanggungjawabkan untuk mencetak & membekal bahan-bahan promosi untuk filem ini seperti Bunting & Poster.

Bunting & Poster yang telah siap dicetak dan sedia untuk dibuat penghantaran
Filem ini diarahkan oleh sutradara Mamat Khalid. Dengar nama Mamat Khalid yang sudah sinonim dengan nama Usop Wilcha, pastinya sudah terbayang di benak fikiran kita akan sebuah karya yang pastinya santai, komedi dan menghiburkan. Sama-samalah kita sokong industri filem tempatan dengan menontonnya di pawagam-pawagam yang berhampiran.

Bahagian Produksi kami bertungkus lumus menyiapkan semua bahan promosi mengikut masa yang dijadualkan

Sunday, 23 August 2015

Standee Board atau Human Standee mounting on foam board

Kami di RekaPrint juga ada menawarkan perkhidmatan mencetak & membuat 'Human Standee' atau 'Character Standee'.

Sticker Printed with matte lamination then mounting on foamboard
 Human standee ini biasanya digunakan sebagai props untuk photobooth di majlis-majlis keraian atau sebagai bahan promosi sesuatu produk atau program.

Hello Kitty Standee tempahan dari GiftedGiftedGifted
 Material yang digunakan ialah Human Standee akan dicetak di atas PP Sticker siap dengan finishing matte lamination dan kemudiannya dilekatkan (mounting) pada sekeping foam board ketebalam 5 mm.

Standee yang dilengkapkan dengan Aluminium Stand dibelakangnya
 Ia juga turut dilengkapi aluminium stand atau custom hard board stand bagi menyokongnya untuk berdiri. Kedua-dua jenis stand ini dijual secara berasingan dan turut boleh diperolehi dari kami.

Standee Tema Hawaian tempahan dari Helium & Konfetti
 Bagi memberikan impak lebih maksima, human standee ini juga boleh dipotong mengikut rupabentuk yang dikehendaki iaitu dengan menggunakan laser die-cutting machine. Proses die-cutting ini akan dikenakan charge tambahan.

Ini juga tempahan dari Helium & Konfetti untuk salah satu majlis yang mereka menjadi event plannernya
 Setiap tempahan Human Standee ini mengambil masa 3-4 hari bekerja untuk disiapkan. Namun bagi tempahan yang memerlukannya disiapkan dalam tempoh kurang dari 48 jam waktu bekerja, charge tambahan akan kami kenakan.

Hard Board Stand untuk standee
 Harga bagi membuat Human Standee tanpa proses Die-Cutting kami kenakan dengan hanya RM 7.00 per sq feet. Sementara Standee with Die-Cutting kami kenakan charge hanya RM12 per sq feet.

Tempahan Photobooth Props A0 size dari MyHarapan
 Emailkan design anda kepada kami di rekaprint@gmail.com atau anda juga boleh mengupah kami untuk membuat design dengan kadar upah dari serendah RM30, RM50, RM80, RM100 atau lebih bergantung kepada sejauh mana kesukaran menyiapkan design tersebut.

Tempahan Poster A2 size with Easel Stand dari Izreka Wedding Planner

Thursday, 20 August 2015

Replika Cek Hantaran Perkahwinan (Latest Update)

Pada entry sebelum ini, ada dimaklumkan berkenaan perkhidmatan membuat Replika Cek untuk Hantaran Majlis Perkahwinan. Alhamdulillah Replika Cek Hantaran ini merupakan antara Hot Items yang sentiasa mendapat tempahan. Setiap hari secara puratanya pihak kami di RekaPRINT menerima sekurang-kurangnya 5 tempahan untuk membuat Replika Cek Hantaran ini dari seluruh negara.

Namun dalam pelbagai pilihan frame (bingkai) yang ada ditawarkan, terdapat 3 frame yang paling popular seperti yang dipaparkan pada entry kali ini. Sebenarnya ketiga-tiga frame ini ialah dari "Siri Ekslusif" tetapi kami tawarkan dengan harga yang sama dengan frame-frame yang biasa.


So, harganya tetap sama seperti harga sebelumnya iaitu RM70 merangkumi kos percetakan replika cek tersebut + kos membuat frame + kos penghantaran (postage). Samada anda nak datang self pickup atau anda mahu kami poskan, bayarannya tetap SAMA RM70 juga.


Prosedur tempahan tetap sama, anda hanya perlu memaklumkan kepada kami maklumat (details) yang diperlukanseperti berikut:

1) Nama Penerima Cek (Pengantin Perempuan)
2) Nama Pemberi Cek (Pengantin Lelaki)
3) Tarikh Cek (Tarikh Nikah)
4) Nama Bank (CIMB/Maybank/RHB/Bank Islam/Public Bank/Bank Muamalat atau lain-lain)
5) Amount Cek (Nilai Hantaran)

Dan jangan lupa sertakan juga Nama Penuh & Alamat Lengkap anda untuk tujuan pengeposan (POS LAJU).


Sebaik maklumat telah dimaklumkan kepada kami samada menerusi email di rekaprint@gmail.com ataupun lebih mudah buat tempahan menerusi Whatsap/WeChat di talian 014-263 8781 anda hendaklah buat bayaran penuh terlebih dahulu sebelum kami proceed cetakan.


Urusan pembayaran boleh dibuat kepada ZULFIKAR ALI BIN ABD SAMAD
No Akaun Maybank: 1648 5600 6534 atau
No. Akaun CIMB: 7601 5980 18

Sebaik pembayaran telah diterima, artwork akan di drafkan terlebih dahulu dan akan ditunjukkan kepada anda.. Kalau semuanya ok, tiada kesilapan ejaan dan sebagainya, then baru kami akan proceed printing.

Proses mencetak & membuat frame ini memakan masa 3-4 hari bekerja sahaja. Namun demikian pada masa-masa tertentu seperti menjelang musim kenduri kahwin atau cuti sekolah, tempahan yang diterima boleh mencapai hingga 10-20 tempahan cek sehari. Di waktu sebegini leading time penghantaran mungkin akan alami sedikit kelewatan sehingga 4-5 hari bekerja. Jadi, anda hendaklah pastikan membuat tempahan replika cek ini lebih awal.

Jika ada sebarang permintaan untuk kami menyiapkan replika cek ini dalam masa yang singkat (URGENT), charge tambahan akan dikenakan. Tiada masalah untuk kami menyiapkan replika cek ini dalam masa 24 jam asal sahaja anda sanggup membayar kos urgent fees minimum RM20 tambahan harga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...