Thursday, 17 July 2014

Semua Harga Printing Adalah Harga Promosi

Blog ni sebenarnya aku dok buat khusus untuk perkhidmatan percetakan which is one of my main business since 1993. Walaupun aku sudah menceburi satu lagi bidang baru iaitu Pengaturcara Majlis (Wedding Planner), bidang percetakan tidak pernah aku tinggalkan. So, diharap posting ini dapat menjawab persoalan kalian yang tertanya-tanya samada harga-harga dalam blog ini masih valid atau tidak. Ya semuanya masih valid. 

Ni antara harga-harga yang aku sedang promosikan through online seperti di mudah.my :-


Dan harga-harga Bunting, Banner dan Backdrop pula sekarang aku offer dengan kadar harga termurah 80 sen per sq ft dengan syarat minimum oder ialah tidak kurang dari 200 sq ft (total).

200 sq ft ni bersamaan 20 pcs Bunting 2ft x 5ft atau 18 pcs Bunting 2ft x 6ft. Jika Total Sq Ft oder kurang dari 200 sq ft, harga yang aku charge ialah RM1.00 per sq ft

Proses mencantumkan Backdrop Filem TOKAN untuk diguna pada malam tayangan Perdana

Proses Matte Lamination pada Bunting Poster Filem Tokan

Produser Pencil Pictures & Record, Dato' Normashayu Puteh meneliti bunting & poster yang kami hasilkan

Bunting Filem Tokan yang sudah siap dicetak dan sedang diproses untuk membuat finishing

Tuesday, 12 June 2012

Cara Membuat Pesanan

Sebarang pesanan kad perniagaan, flyers, booklets, banner dan sebagainya boleh terus dilakukan menerusi email. kepada: rekaprint@gmail.com

Kami menerima design (artwork) dalam format ai., (adobe illustrator), pdf., psd., (photoshop) jpeg dan power point. Sementara kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukan kami merekabentuk design flyers, banner atau business card anda, hanya perlu emailkan kepada kami maklumat-maklumat terperinci yang ingin dipaparkan pada dokumen2 perniagaan tersebut. contohnya: nama syarikat, alamat, no. telefon, jenama produk atau perkhidmatan, gambar2 (sekiranya ada).. dan jangan lupa sertakan pembayaran.

Kami akan membuat rekaan dan emailkan kepada anda terlebih dahulu untuk pengesahan. Setelah finalised segala2nya, barulah kami akan mulakan proses cetakan yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari bekerja untuk disiapkan.

Untuk info lanjut boleh hubungi kami di talian (Whatsapp/WeChat): 014-263 8781dan berurusan terus dengan En Zulfikar

Semua barang-barang yang sudah siap dicetak boleh diambil secara self-collect di PERCETAKAN HALIM SDN BHD di alamat: No. 3, Jalan Lingkaran Industri, Taman Cheras Mas, 43200 Cheras, Selangor. 

Sementara bagi anda yang mahukan barang-barang tersebut dihantar oleh pihak kami menerusi khidmat Pos Laju atau kurier, sila pastikan bayaran charge penghantaran telah dibuat terlebih dahulu.

Bayaran Penuh perlu dijelaskan sebelum kerja-kerja cetakan dimulakan. Kesemua urusan pembayaran boleh dibuat ke Akaun MAYBANK Zulfikar Ali bin Abd Samad. No. Akaun: 164856006534. Emailkan bukti pembayaran ke: rekaprint@gmail.com atau whatsapp ke 014-263 8781

Thursday, 22 December 2011

Promosi Pakej Bunting & Banner Perkahwinan

PAKEJ PRINTING BANNER / BUNTING KHUSUS UNTUK PERKAHWINAN
~ Tawaran Sah Sehingga 29 Februari 2012 Sahaja ~ 
Harga termasuk finishing (PVC Pipe & Tali / Kayu & Dawai)




Harga Tidak Termasuk Kos Design. 
Hantarkan design anda kepada kami menerusi email ke: rekaprint@gmail.com
 Jika anda mahu kami designkan Bunting/Banner tersebut, bayaran tambahan akan dikenakan iaitu 
sebanyak RM60 untuk kedua-dua design Banner/Bunting tersebut.

Buat pembayaran penuh ke akaun kami (seperti yang tertera di dalam blog ini)
Setelah bayaran penuh diterima, Bunting/Banner yang dipesan akan disiapkan dalam tempoh selewat-lewatnya 3 hari bekerja. Anda boleh datang sendiri ke premis perniagaan kami untuk mengambilnya di alamat:

REKAPRINT | No. 3, Jalan Lingkaran Industri, Taman Cheras Mas, 43200 Cheras, Selangor.

ATAU
anda juga boleh meminta kami kurierkan bunting/banner tersebut ke alamat yang anda mahukan.
Bayaran tambahan untuk kurier adalah RM20.

* Untuk Bunting Penunjuk Arah - Arrow Penunjuk Arah boleh dicetak atau ditukar dgn pelbagai arah.. Contohnya: 3 bunting tunjuk arah ke kiri, 3 bunting tunjuk arah ke kanan, 3 bunting tunjuk arah ke depan dan 1 bunting tunjuk arah pusingan U.

Friday, 1 July 2011

Special Promotions "BUNTING + STAND"


PROMOSI HARGA BUNTING + X-STAND = RM 50 ONLY
Bunting Size: 2ft x 6ft
Materrial: Tarpaolin Premium
Resolution: 720 dpi



PROMOSI HARGA BUNTING + T-STAND = RM 70 ONLY
Bunting Size: 2ft x 6ft
Materrial: Tarpaolin Premium
Resolution: 720 dpi
(Pilihan samada - Stand Berkaki Bulat atau Stand Berkaki Tiga Segi)


PROMOSI BUNTING + ROLL-UP STAND = RM 120 ONLY
(Stand Material: PVC IRON)
Bunting Size: 30 inch x 78 inch (fixed size)
Materrial: Synthetic Paper / Poster Paper
Resolution: 1200 dpi



PROMOSI BUNTING + ROLL-UP STAND = RM 130 ONLY
(Material Stand: Aluminium)
Bunting Size: 30 inches x 78 inches
Materrial: Synthetic Paper / Poster Paper
Resolution: 1200 dpi

Monday, 25 April 2011

Cara Letak 'Button SEND' Facebook di Blog Anda

Setelah genap setahun Button ‘LIKE’ diperkenalkan oleh FACEBOOK. Kini mereka memperkenalkan Button ‘SEND’ pula. Berbeza dengan Button LIKE yang jika di click oleh pengunjung website atau Blog anda ianya akan terpapar di Wall FB mereka tetapi Button ‘SEND’ membolehkan pengunjung Blog atau website anda menghantar link website atau Blog anda secara peribadi iaitu menerusi Private Message (PM).



So, aku share lah sikit cara nak letak Button SEND FB ni kat blog u’olss.. Memula u’olls kena pergi ke FACEBOOK DEVELOPERS… dapatkan CODE untuk SEND BUTTON korang untuk di paste kan ke Blog atau website u’olls.. Ginilah lebih kurang CODE yang aku dah generate utk blog aku ni.

<script src="http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"></script><fb:like href="http://rekaprint.blogspot.com" send="true" width="450" show_faces="true" font=""></fb:like>

Yang ni aku guna untuk memaparkan sekaligus kedua-dua BUTTON ‘SEND’ dan ‘LIKE’ sebelah menyebelah dalam blog.

Setelah selesai generates Codes nya, korang kena pergi ke Blog korang.. 

DASHBOARD --> DESIGN --> EDIT HTML --> TICK EXPAND WIDGET TEMPLATE

dan cari code seperti di bawah ini dengan cara tekan CTRL + F...
dan taip  : data:post.body>


Paste kan Generates Codes yang telah u’olls copy tadi  DI ATAS code ni.

Kemudian Click Preview dan jika anda berpuas hati, bolehlah click SAVE TEMPLATE. 

Selesai. Mudah sahaja kan? Semoga tutorial ini membantu anda.... (^_^)

Tuesday, 12 April 2011

PROMOSI Roll Up Stand Bunting

REKAPRINT menawarkan Tawaran Harga Promosi 
Untuk Roll Up Stand beserta Bunting 
dengan harga RM175 sahaja
 (sesuai untuk kegunaan Booth Pameran / Showroom)


Harga tidak termasuk kos penyediaan artwork (design) dan penghantaran. Sila sediakan artwork Bunting dalam size 6.5 kaki x 2.5 kaki (30" x 78") dan savekan file anda dalam format pdf (high res).
dan hantar ke: rekaprint@gmail.com
 
Setiap pesanan yang memerlukan kami menyediakan artwork akan dikenakan 
Design Charge minimum RM30

Thursday, 7 April 2011

Harga Business Card

Berikut adalah harga cetakan business card standard size dengan finishing dan material yang biasa ditempah ikut trend terkini. Pasti ada yang tidak begitu arif tentang perbezaan pada 'FINISHING' yang dimaksudkan.

NONE FINISHING bermaksud Tiada sebarang Finishing pada kad tersebut seperti UV, Lamination atau Spot UV. Kad masih kelihatan shining tetapi jangka hayat ketahanan warna cetakan mungkin lebih cepat pudar dan tidak kalis air.

MATTE LAMINATION bermaksud selepas proses cetakan, Kad tersebut akan disalut dengan chemical yang menjadikan permukaan kad seperti ada lapisan lilin. Finishing seperti ini akan memanjangkan jangka hayat ketahanan business card itu selain kalis air.

SPOT UV bermaksud selepas proses cetakan, pada bahagian-bahagian tertentu pada kad seperti yang pelanggan persetujui akan kelihatan EMBOSS (SPOT UV) dan bahagian ini kelihatan lebih menonjol dengan effect embossing & shining yang mana akan memberikan IMPAK ekslusif pada Kad Perniagaan anda.
Biasanya pelanggan akan memilih Logo Perniagaan & Nama Perniagaan untuk di highlightkan (SPOT UV).
Sebelum menjalani poses Finishing SPOT UV, kad mesti menjalani proses MATTE LAMINATION..
Senarai Harga Business Card (Standard Size) 
Yang Biasa Ditempah:


Harga yang dipaparkan adalah Jumlah Harga Keseluruhan (TOTAL PRICE).
Contoh: Pesanan 1,000 pcs (10 kotak) Business Card = RM50 (5 sen / pc atau RM5 / box)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...