Tuesday 3 March 2015

Rekabentuk Poster Filem Gamatisme

Rekabentuk Poster bukanlah satu tugasan asing buatku. Cuma dah lama malas nak layan job-job yang memerlukan kerja-kerja bersengkang mata mengejar dateline ni. Zaman muda dulu bolehlah kerja 48 jam tanpa henti tanpa tidur. Sekarang ni kalau hadap PC lebih setengah jam pun, kepala dah rasa pening dan berat.

Design Poster Gamatisme peringkat awal
 Namun, baru-baru ini atas permintaan seorang sahabat aku bersetuju layan tugasan remeh-temeh ini kembali. Kadang-kadang rasa gian gak nak turun padang semula. Nak bereksperimentasi semula dengan skill kreativiti yang tinggi. Permintaan dari Penerbit filem GAMATISME keluaran Pencil Pictures & Record Sdn Bhd ini aku terima sebagai cabaran untuk membuktikan aku masih mampu berkarya seperti dulu.

Rekabentuk Poster Filem TOKAN
 Filem Gamatisme ini merupakan filem ke-2 aku terlibat secara langsung dengan syarikat Pencil Pictures & Records Sdn Bhd. Filem pertama aku babitkan diri dengan mereka ialah filem TOKAN. Ketika itu aku hanya diberi peluang dan kepercayaan untuk membekal dan mencetak Poster, Banner, Bunting, T-Shirt dan barangan cenderahati sahaja dan sedikit kerja-kerja design membabitkan pengubahsuaian dan penambahbaikan peringkat akhir pada design poster filem tersebut.

Antara Proposal Design poster filem Gamatisme di peringkat awal
 Untuk Filem Gamatisme ini aku diberikan kepercayaan untuk membuat design dari peringkat awal hingga akhir hasil perkongsian idea bersama dengan penerbit filem ini Dato' Normashayu Puteh dan penerbit penyelaras Yuzaidania Abdullah Shukor. Kerja-kerja design ini dimulakan sejak awal bulan November 2014. Sehingga artikel ini ditulis, pihak penerbitan Pencil Pictures & Records Sdn Bhd telah memaklumkan bahawa filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara sekitar akhir bulan April 2015.

Salah satu final design poster filem Gamatisme
 Ketika ini filem GAMATISME ini sedang menjalani proses penapisan daripada Lembaga Penapisan Filem FINAS dan pihak Pencil Pictures & Records sedang mengusahakan agar filem ini dapat ditayangkan di pawagam bermula pada 30 Mei 2015 nanti. Filem Gamatisme ini dibintangi oleh Nabila Huda Suhaimi, Syazwan Zulkifli & Adeline Tsen dan diarahkan oleh sutradara M Hitler Zami.

Ini juga satu daripada design poster Gamatisme peringkat akhir
Semua kerja-kerja membabitkan cetakan poster, bunting, banner dan bahan-bahan promosi yang berkaitan akan dimulakan sebaik sahaja mendapat surat kelulusan tarikh tayangan dari FINAS. Poster-poster yang aku paparkan dalam artikel ini mungkin akan diubahsuai sedikit nanti tetapi so far inilah status terkini proses rekabentuknya.

Antara final design yang di pilih oleh penerbit
Jangan lupa ya sokong industri filem tempatan dengan menontonnya di pawagam berhampiran anda. Karya tempatan tidak meluas pasarannya tetapi jika kita sendiri tidak menyokongnya, siapa lagi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...